012 363 5658

012 363 5658
Doa Berkebun:

فلينظر الانسان ٳلى طعامه ٲنا صببنا الماء صبا ثم شققنا الارض شقا
فأنبتنا فيھا حبا وعنبا وقضبا وزيتونا ونخلا وحداﺋﻖ غلبا وفاكهة وأبا
متاعا لكم ولأنعامكم

آية ٢٤ ـ ٣٢ سورة عبس
(Surah 'Abasa, ayat 24 - 32)

Semalam dan Malam Tadi

>> 29.6.11

Pagi semalam mulai periksa bahan-bahan pertanian yang
terperap dalam makmal. Ada yang dibuang dan ada yang
telah dikemaskini. Belum berani sentuh bahan-bahan lain.
Takut mata dijangkiti virus.

Petang, merayau-rayau dan membeli-belah. Beli madu lebah
dan beberapa barang makanan lain untuk ayah di kampung.
Semuanya barangan impot.

Malam, pukul 10.00, balik kampung bawa makcik. Pukul 12.40
malam bergerak balik ke Bukit Kapar. Lepak di KFC kejap.
Sampai di rumah kira-kira jam 2.15 pagi.

Hari ni, memerap diri dalam rumah.

Read more...

Gambar Pembuat Senjata Tajam ...?

>> 27.6.11

""Dalam puisi saya itu memang saya katakan kita sebenarnya perlu
mempersuci demokrasi bukan memperkeruhkan atau mencemarinya.

"Dalam puisi itu adalah saranan-saranan yang saya fikir amat suci yang sepatutnya dihargai bukan dicurigai," katanya lagi ketika mengulas siasatan bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan itu."

Sepenuhnya di sini ...
Blog peribadi beliau di sini ...

Read more...

Memang ramai barang naik harga

>> 23.6.11

Tengahari tadi ke pasar besar Klang beli daun ketumbar dan daun parsley.
Dah sebulan tak minum air rebusannya. Kali terakhir meminumnya
ialah pada 23 Mei yang lalu.

Beli setengah kilo daun ketumbar dan setengah kilo daun parsley.
Masa nak bayar, punyalah terkejut dengan harga daun parsley. RM25.00
sekilo ooooo. Penjual kata kebanyakan barang dalam pasar tu dah
naik harga. Kerajaan BN yang naikkan.

Kemudian, beli buah durian belanda. Hmmm, buah ni dah turun harga.
Hanya RM7.00 sekilo.

Read more...

Tak sesuai sentuh komputer

>> 22.6.11

Malam tadi tak jadi ke pasar malam. Bimbang juga keluar malam
semasa berpantang. Tambahan pula ke tempat orang ramai.

Pagi tadi mula keluar dan merayau. Mula-mula ke Pusat Kesihatan
Meru. Kemudian, pergi bank bayar ansuran kereta. Tengahari balik.
Rehat sekejap. Jadual titis ubat ke dalam mata.

Lepas asar keluar lagi. Pergi bank lain, kirim duit untuk Anas.
Kemudian merayau di Tesco. Cadang nak beli komputer riba untuk
Fawzan. Tapi orang (penjual) tak layan. Mungkin dia tengok saya
tak sesuai beli atau sentuh komputer. Barangkali penjual itu fikir
orang tua kampung tak faham hal-hal komputer.
Kesiaaannnnn!

Read more...

Jadual ke Kelantan

>> 21.6.11

Dalam minggu kedua Julai, ada janjitemu dengan doktor pakar mata
di Hospital Selayang. Mudah-mudahan tak ada masalah.

Dalam minggu ketiga Julai, nak ke Kelantan bincang hal anak kami yang keempat. Cadang nak dikahwinkan dalam bulan September nanti.
Hmmm, lagi sorang menantu kami orang Kelantan.

Dalam bulan September itu kami mungkin sekurang-kurangnya
dua kali ke Kelantan, termasuk hantar Fawzan mendaftar di
USM Kubang Krian.

Malam nanti nak ke pasar malam.
Boring terperuk dalam rumah.

Read more...

Mencuit perasaan dan menyentuh kenangan

>> 19.6.11

Malam tadi saya terjumpa dalam YouTube lagu yang mencuit perasaan
dan menyentuh kenangan. Perasaan yang tak dapat hendak diceritakan
dan kenangan yang sungguh lama ditinggalkan.

Lagu tersebut mengingatkan saya kepada suatu hal dan keadaan yang
berlaku kira-kira 58 tahun yang silam. Justeru, saya mengulang-dengar
lagu itu berpuluh kali sebelum tidur.

Di sini ...

Read more...

Menantu dan Bakal Menantu

>> 18.6.11

Atas ialah gambar anak dan bakal menantu (lelaki) PM, Najib. Khabarnya,
kos majlis pertunangan semalam tu ditanggung oleh JPM?

Insya Allah, saya juga akan bermenantu (perempuan) dalam waktu terdekat. Belum bincang dan belum buat keputusan. Hanya perancangan dalam kepala.

Read more...

Pengantin Lelaki dilarikan ketika di khalayak

>> 17.6.11

Sumber di sini ...

Read more...

Gambar ini: Ada banyak perkara

>> 16.6.11

Gambar ini: Ada banyak perkara ...?
Sumber: Di sini ...

Read more...

Anak Dara Kampung zaman dulu-dulu

>> 15.6.11

Gambar hiasan.

Lepas operate mata kiri, dua minggu tak boleh baring. Lepas itu, wajib berehat selama enam minggu. Dua minggu campur enam minggu, jumlahnya lapan minggu. Eh, lapan minggu tu sebenarnya dua bulan.

Dua bulan berehat memanglah boring. 24 jam terperuk dalam rumah macam anak dara kampung zaman dulu-dulu. Jangan mareh haa...!

Read more...

Meriah diselang sunyi

>> 12.6.11

Sabtu, malam Ahad, hanya Farid, Nani dan dua cucu yang tidak bersama kami. Yang lain semua ada. Ramai, bising dan seronok. Macam malam raya.

Ahad. Jam 9.00 pagi, Anas ke Klang Sentral terus ke asrama MCKK. Besok, persekolahan bermula. Lepas zuhur, Anis, Lily dan dua cucu bergerak balik. Lepas asar, Fawzan ke kolej UiTM. Dia nak habiskan kelas premedic yang berbaki tiga minggu lagi. Awal semester nanti dia akan melanjutkan
pengajian di USM Kubang Kerian, Kelantan.

Malam ini, terasa sunyi tanpa cucu-cucu yang sedang nakal.

Read more...

Kembali Solat secara normal

>> 9.6.11

Hari ni bermula hidup normal tanpa larangan berbaring. Petang tadi dah tidur secara baring. Namun, ubat titis ke mata mesti diteruskan hingga habis bekalan. Sekali titis setiap enam jam. Mungkin hingga 45 hari dari sekarang.

Hari ini juga bermula kembali solat secara normal. Boleh ruku' dan sujud, physically. 15 hari solat secara dharurat. 15 hari solat dengan rukun fi'liy
isyarat sahaja.

Mengenai mata kiri yang dioperated, masih melihat secara samar-samar. Kata doktor, samar itu kerana dilindungi oleh sejenis minyak dalam mata. Insya Allah, apabila sampai masanya maka dapatlah melihat dengan jelas dan normal.

Syukurku kepadaMu ya Rabbal-'alamiin.

Read more...

Sakit tulang cenungging

>> 8.6.11

Petang tadi, genap dua minggu mata kiri dioperated. Malam ini, genap dua minggu dilarang berbaring.

Dalam masa dua minggu yang lalu, kehidupan kurang selesa. Nak berbaring, tak boleh. Nak tidur, mesti tidur tegak. Ponggong terasa sakit dan macam kematu. Cenungging rasa macam lembut dan nak tercabut. Aduuyai.

Semua program dan aktiviti yang dirancang untuk dua minggu, tergendala. Ada yang tergendala untuk sementara waktu dan ada juga yang tergendala untuk jangka panjang. Banyak bahan kajian dalam makmal, hancus dan rosak.

Namun, saya tetap bersyukur kepada Allah.
DIA Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
DIA mengurniakan yang terbaik untuk saya.
AhmaduKa wa ashkuruKa ya Rabbal-'alamiin.

Read more...

Tidur menegak ...?

>> 1.6.11

Sampai petang nanti cukup seminggu mata kiri dioperated. Dah seminggu
lepak di rumah. Arahan doktor supaya berehat dan titis ubat ke dalam mata,
setiap 2 jam, selama 2 minggu.

Dalam masa 2 minggu juga dilarang berbaring. Tidur pun secara duduk tegak.
Amat tersiksa tidur begitu. Apa boleh buaatt, dah nasib badaann.

Solat, terpaksa ikut kaedah orang sakit. Rukun-rukun fi'liy guna isyarat
sahaja. Hhmmm, dalam bidang fiqh, inilah dikatakan keadaan dharurat. Ada
dua faktor dharurat pada diri saya, iaitu faktor usia dan faktor uzur.

Besok, jumpa doktor lagi.

Read more...

Kaunter Carian

Cerdas Akal & Cergas Badan

Cerdas Akal & Cergas Badan
Cerdas Akal = Baik untuk para pelajar. Cergas Badan = Baik untuk menghilang letih lesu. Hubungi 012 363 5658.

Blog Archive

Kiv

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP